Guna Touch 'n Go eWallet, Anda Berpeluang Menang Vivo V15

Penggunaan e-Dompet dalam kalangan pengguna Malaysia semakin lama semakin meningkat. Bukan sahaja memudahkan pembayaran dibuat, platform e-Dompet tersebut menyediakan pelbagai ganjaran untuk dinikmati pengguna.

Melalui kolaborasi antara Vivo Malaysia dan Touch 'n Go eWallet, pengguna aplikasi e-Dompet tersebut berpeluang memenangi Vivo V15 menerusi cabutan bertuah yang akan dijalankan. Sebanyak 400 unit Vivo V15 disediakan dalam acara cabutan bertuah mingguan yang dikendalikan oleh Touch 'n Go eWallet.



Cabutan bertuah ini terbuka untuk disertai semua pengguna Touch n' Go eWallet yang membuat transaksi antara 15 Januari 2020 sehingga 10 Mac 2020. Pemenang mingguan akan dipilih secara rawak berdasarkan janaan komputer. Bagi pengguna yang sudah menebus e-Tunai Rakyat RM30, penyertaan anda akan digandakan untuk satu transaksi. Ini bermakna anda mempunyai lebih peluang dalam cabutan bertuah minggu tersebut.

Selain daripada Vivo V15, cabutan bertuah Touch 'n Go Big 2M turut menyediakan banyak lagi hadiah menarik untuk dimenangi. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya, boleh layaridan Touch 'n Go.