Yang paling menjadikan kontroversi adalah di mana Google boleh membuat keputusan untuk menyekat seluruh akaun anda (bukan akaun YouTube sahaja) jika anda menggunakan perisian sekatan iklan. Kenyataan terma penggunaan Google yang berkait dengan sekatan ini adalah:
"YouTube may terminate your access. Or your Google account’s access to all or part of the Service if YouTube believes, in its sole discretion, that provision of the Service to you is no longer commercially viable."
Ini bermaksud, Google boleh juga turut sekali menyekat mana-mana akaun anda yang berkaitan seperti Gmail, Google Adsense, Google Adwords, dan lain-lain.
Seperti yang diketahui umum, masih ramai lagi pengguna yang menggunakan perisian menyekat iklan kerana berasa terganggu dengan sepahan iklan yang terdapat pada platform YouTube. Dengan kehadiran YouTube Premium sebagai langganan khas untuk membuang iklan, ramai yang berpendapat ia agak 'membazir' sedangkan boleh memasang perisian sekatan iklan secara percuma yang boleh didapati di internet.
Saranan saya, jika anda menggunakan perisian sekatan iklan pada platform YouTube, beringat-ingatlah berkemungkinan akaun anda boleh disekat jika kekal menggunakannya.
KEMASKINI: Difahamkan terdapat beberapa maklumat tambahan berkenaan terma penggunaan aplikasi dan servis YouTube. Melalui artikel ini, Google telah menjelaskan maksud sebenar kenyataan terma tersebut yang lebih berkait rapat kepada saluran YouTube, bukannya sekatan kepada iklan. Mohon pembaca membaca artikel tersebut dengan lebih lanjut untuk mengetahui kisah sebenarnya.
Sumber: Terma Penggunaan YouTube
Berkaitan
- Ini Merupakan Fungsi Terbaharu Kemaskini Feature Drop Bulan Mac Untuk Google Pixel
- Sampel Gambar Dari Kamera Google Pixel 4a Mula Muncul Di Internet
- Ini 5 Syarat Minimum Supaya YouTube Bayar Anda Buat Video
- Apa Itu Google Play System Update Dalam Telefon Android? Apa Kepentingannya?
- Walaupun Ketiadaan Servis Google, Ini Sebab Huawei Masih Boleh Bertahan
- Kemaskini Isu Face Unlock Google Pixel 4 Bakal Hadir Dalam Beberapa Bulan
- Google Memperkenal Ciri Terjemahan Audio Pada Google Maps
- Google Doodle Hadir Dengan Kad Interaktif Digital Sempena Hari Ibu 2020
- Spesifikasi Penuh Google Pixel 5 - Gunakan Lensa Sudut Lebar, Tiada Lagi Telefoto Zum
- Google Mengumumkan App Defense Alliance Untuk Membanteras Perisian Hasad Di Google Play Store