Guna Penyekat Iklan Pada Spotify? Akaun Anda Bakal Digantung Atau Dibuang

Spotify menyediakan dua pilihan kepada pengguna, akaun premium yang perlu dilanggan dan juga penstriman percuma diselitkan dengan paparan iklan.

Namun begitu, ada sesetengah pengguna akaun percuma menggunakan penyekat iklan.

Menurut Spotify, sejumlah 2 juta pengguna versi percuma dikesan menggunakan penyekat iklan dan lanjutan dari itu, pelbagai strategi dirancang untuk menghalangnya.

Berdasarkan garis panduan terbaru, setiap ciri penyekat iklan dan lain-lain aktiviti penstriman yang tidak sah, akaun pengguna bakal digantung atau dibuang terus sama sekali.

Ia bakal dikuatkuasakan bermula pada 1 Mac nanti.

Sumber: Spotify