Guna Kad Kredit Bapa 'Berjoli' Dalam Genshin Impact Hingga Cecah RM62 Ribu

Sering sekali kita tendengar berita kanak-kanak menyalahgunakan kad kredit keluarga untuk dibelanjakan pada permainan video kegemaran mereka. Hal ini sering berlaku setiap tahun dimana banyak ibu bapa kerugian teruk kerana terpaksa membayar semula hutang kredit yang telah digunakan oleh anak mereka di permainan video tersebut.



Baru-baru ini di Singapura seorang bapa terkejut melihat kad kreditnya dicaj $20,000 (~M62,000). Anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu membeli barang atau nak dimudahkan membuat gacha pull dimana dia menhabiskan duit bapanya sehingga RM62 ribu.

Dari laporan The Strait Times, pihak bapa mendapat panggilan dari bank bahawa dia terlepas membuat bayaran RM 62 ribu tersebut. Kad kredit pihak bapa sebenarnya telah dipautkan dengan akaun Grab anaknya untuk menampung pembelajaan pengangkutan.



Anak perempuannya telah membelanjakan selama 6 minggu untuk membeli barang dan membuat gacha pull di Genshin Impact dari bulan August hingga October. Transaksi tersebut disambung terus ke akaun Grab anaknya yang disambungkan terus ke kredit kad Bapanya.

Jadi kepada anda semua, jangan sesekali memberi kad kredit anda kepada anak anda yang berusia bawah 18 tahun tanpa sebab-sebab yang logikal. Remaja-remaja atau kanak-kanak sering sekali bertindak tanpa memikir mana baik dan buruk, disebabkan itu kita sebagai ibu bapa sepatutnya memantau apa yang anak-anak kita salu lakukan atau bermain di telefon pintar mereka.

Sumber : The Straits Times