Guna Cara Ini Untuk Jadi Preferred Seller Dekat Shopee

Apabila membeli-belah dalam talian di Shopee, seringkali produk yang dicari adalah yang mempunyai label Preferred Seller. Ini kerana, membuat pembelian produk melalui kedai yang mempunyai Preferred Seller memberikan banyak kelebihan. Antaranya termasuk penghantaran percuma, boleh menggunakan baucar dan Shopee Coin serta lain-lain.



Sama seperti pembeli, mereka yang menjual di Shopee dengan mempunyai kedai berlabel Preferred Seller juga akan menerima pelbagai faedah. Salah satunya adalah dapat meningkatkan keyakinan pembeli untuk membeli produk anda.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kriteria yang diperlukan untuk mendapatkan status Preferred Seller di Shopee.

Cara untuk jadi Preferred Seller di Shopee


Terdapat beberapa kriteria yang diperlukan untuk menjadi Preferred Seller di Shopee. Berikut adalah antara yang diperlukan.

Pertamanya, anda perlu memastikan Chat Response Rate adalah 85% dan ke atas. Untuk memastikan peratusan prestasi chat adalah tinggi, anda boleh mengikut langkah ini.

cara jadi Preferred Seller Shopee

Setelah itu, pastikan juga "Days of Pre-Order Listing Violation" adalah kurang daripada 5 hari. Bagi kategori Unique Buyers, ianya perlu mempunyai 35 pembeli ke atas dalam tempoh 30 hari.

Net Orders adalah merujuk kepada pesanan yang telah lengkap, di mana ia tidak termasuk pembelian yang telah dibatalkan atau yang telah dipulangkan semula/dibayar kembali. Untuk bahagian ini, Net Orders perlu lah mempunyai sekurang-kurangnya 75 pesanan dalam tempoh 30 hari.

Sementara itu, penilaian kedai (Shop Rating) harus mempunyai 4.7 ke atas daripada 5.

Bagi Seller Penalty Points, ianya dikira berdasarkan pesanan yang tidak dapat dipenuhi. Penilaian akan dibuat setiap 7 hari dengan pesanan yang tidak dipenuhi tidak boleh melebihi 10%.

cara jadi Preferred Seller Shopee

Penjual akan menerima 1 mata apabila mempunyai pesanan yang tidak dipenuhi dengan peratusan tidak melebihi 10%. Untuk mendapatkan status Preferred Seller,  jumlah mata tersebut tidak boleh melebihi daripada 1 mata.

Akhir sekali, untuk layak menjadi Preferred Seller, kedai anda mesti mempunyai penghantaran secara fizikal. Ini bermaksud, ianya tidak terhad kepada produk digital seperti e-book, tambah nilai prabayar dan e-wallet, tiket masuk, tiket acara, baucar dan sebagainya. Anda juga perlu mematuhi peraturan komuniti dan polisi Shopee.

Jika sudah memenuhi semua senarai ini, anda akan diberikan Preferred Seller. Untuk mengetahui lebih mengenai faedah yang diperoleh jika menerima Preferred Seller, layari pautan ini.