GTA 6 Didakwa Akan Muncul Sebagai Permainan Eksklusif PS5 Pada Peringkat Awal Pelancaran

Beberapa hari lepas, kami ada melaporkan mengenai beberapa spesifikasi bagi konsol PlayStation 5 yang telah didedahkan.

Kini muncul lagi satu ura-ura mengenai konsol tersebut. Permainan popular GTA 6 dikatakan akan dilancarkan sebagai "PS5 Exclusive" pada peringkat awal pelancarannya.

Menurut laporan, Sony telah membayar pihak Rockstar untuk menawarkan permainan itu secara eksklusif bagi PS5 untuk tempoh sebulan pertama.

Kapsyen: Gambar Hiasan/Eskipaper


Ini bermakna konsol dan platform lain seperti Xbox Two(nama tidak rasmi) dan PC akan hanya dapat menikmati GTA 6 sebulan selepas itu.

Walaupun tiada maklumat rasmi mengenai pelancaran keduanya(PS5 dan GTA 6), ura-ura kuat mengatakan bahawa ia akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, tiada sebarang informasi mengenai penawaran GTA 6 pada konsol generasi kini (PS4 dan Xbox One) telah dinyatakan.

 

Sumber: Pastebin via GameRant