GSC hari ini mengumumkan servis menyewa skrin pawagam untuk bermain permainan konsol dinamakan Gaming Cinema.
Melalui Gaming Cinema, anda boleh membawa konsol seperti PS4 ke pawagam dan menggunakan skrin yang ada sebagai paparan.
Terdapat 2 pakej utama yang disediakan iaitu pakej untuk permainan sahaja dengan harga RM188 selama 3 jam; ataupun pakej kedua yang berharga RM250 juga semalam 3 jam.
Bezanya, pada pakej kedua, ia termasuk juga makanan dan minuman bernilai sehingga RM75 dan juga baucar makanan RM200.
Untuk pakej 1, masa bermain boleh ditambah sebanyak RM70 sejam, manakala pakej 2 pula RM100 untuk 2 jam.
Buat masa ini, perkhidmatan Gaming Cinema GSC ini hanya ditawarkan di:
- GSC Queensbay Mall
- GSC Ipoh Parade
- GSC AEON Melaka
- GSC Paradigm Johor
Namun jangan risau kerana ia akan ditambah lagi pada masa-masa yang akan datang.
Melalui terma dan syarat, harga yang ditetapkan dalam kesemua pakej adalah sehingga 31 Disember dan konsol dibawa sendiri serta tidak disediakan oleh GSC.
Antara lainnya internet adalah tidak disediakan, tidak boleh menonton Netflix ketika menggunakan perkhidmatan, dan tempahan perlu dibuat 14 hari sebelum tarikh bermain.
Jika anda berminat dengan Gaming Cinema GSC ini, boleh buat tempahan untuk sesi bermain dengan emel kepada [email protected].
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk GSC di pautan ini.
Berkaitan
- [Ujian Gaming] Main PUBG Mobile Di Vivo NEX 3, Maksimum FPS, Bateri Dan Prestasi Keseluruhan
- LG Mula Masuk Arena Laptop Gaming, UltraGear 17G90Q Jadi Model Pertama
- [Ujian Gaming] Redmi Note 8 Pro - Ayuh Uji Kemampuan Gaming Cip MediaTek Helio G90T
- Peranti Gaming Nubia Red Magic 5G Akan Dilengkapi Dengan Paparan 144Hz
- TOMAZ Kini Membuka Pra-Tempah Meja Gaming Eksklusif Bermula RM329
- Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor 34 Diumumkan - Paparan Melengkung WQHD 21:9 Dengan 144Hz
- Qualcomm Nafikan Laporan Mereka Sedang Bangunkan Telefon Gaming Sendiri
- Black Shark 3 Dilancarkan - Peranti Gaming Berkuasa Dengan Latensi Paling Rendah 24ms
- Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700
- AMD Umum Kad Grafik Radeon 5600 XT Untuk Melawan Dominasi Gaming 1080p GTX 1060 Nvidia