GSC Kini Menawarkan Pengalaman Menonton Filem Dengan Layar Seluas 270° Sudut Pandang

ScreenX kini ditawarkan di GSC 1 Utama.


Pempamer filem utama di Malaysia, Golden Screen Cinemas telah mula menwarkan kepada para penonton filem di Malaysia untuk merasai pengalaman baru menonton filem dipanggung wayang mereka yang kini dilengkapi dengan  teknologi ScreenX.

ScreenX merupakan teknologi layar yang merangkumi sudut pandangan seluas 270°. Jika sebelum ini penonton hanya ditayangkan visual video dihadapan sahaja, tetapi dengan teknologi ScreenX, bahagian dinding tepi penonton juga kini menjadi sebahagian daripada layar filem.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=4&v=KG_1-A3PUtc

Walaubagaimanapun, buat masa ini, hanya sebuah panggung sahaja iaitu di GSC 1 Utama yang dilengkapi dengan teknologi ScreenX. Sempena pengenalan bagi kehadirannya, GSC menawarkan tayangan sebanyak 5 buah filem terpilih dengan tiket hanya berharga RM14 sahaja dari 5 hingga 4 September 2019.

Berikut adalah senarai filem terpilih untuk tayangan dipawagam GSC ScreenX:-

  • Spider-Man: Far From Home

  • Captain Marvel

  • Godzilla: King of Monsters

  • Annabelle Comes Home

  • Bohemian Rhapsody


Untuk info lanjut tentang tarikh dan waktu tayangan, sila layari laman muka promosi Special ScreenX Rerun.

Berkaitan