GSC Bakal Tayangkan Captain Marvel Sehari Lebih Awal, Tiket Boleh Dibeli Bermula Esok

Tahun 2019 bakal dihiasi dengan pelbagai filem-filem menarik baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Antara yang paling ditunggu-tunggu ialah filem Captain Marvel.

Filem dari francais terkemuka Marvel itu dijadualkan akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada tarikh 7 Mac.



Akan tetapi, Golden Screen Cinema(GSC) memberi peluang kepada anda untuk menonton filem tersebut sehari lebih awal(6 Mac).

Menariknya, tiket bagi tayangan Captain Marvel ini boleh didapati bermula pada hari esok(14 Februari).

Maka bagi peminat Marvel sekalian, jangan lepaskan peluang anda untuk merebut tiket tersebut dan menonton Captain Marvel sehari lebih awal.

 

Sumber: GSC