Griffin Bluetooth Mungkin Bergandingan Dengan IPhone 7











Seperti yang kita dengar sebelum ini,
keluaran terbaharu dari Apple iaitu iPhone 7 mungkin tidak didatangkan dengan
bicu fon kepala (headphone jack). Apple sangat berahsia tentang spesifikasi
model terbaharunya itu, namun sebuah syarikat pembuat aksesori memberi sedikit
bayangan tentang perkara itu.





Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat oleh
Apple mengenai pembuangan bicu dari model iPhone 7, Griffin syarikat pembuat
aksesori terkemuka telah mengorak langkah dengan memperkenalkan sebuah penyesuai
(adapter) fon kepala. iTrip Clip, merupakan penyesuai fon kepala yang
menggunakan Bluetooth 4.1 dan disambungkan kepada telefon pintar. Fon kepala
akan berfungsi walaupun tidak disambungkan kepada bicu.















Pada halaman web Griffin, mereka
memberitahu “Tiada bicu fon kepala? Tiada masalah! Jangan risau jika telefon
pintar kegemaran anda tidak mempunyai bicu fon kepala.” Ramai yang berpendapat
Griffin sedang memperkatakan tentang iPhone 7 walaupun pada zahirnya mereka
tidak menyebut langsung tentang model itu.

Berkaitan