Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Graduan Ini Telah Menghasilkan Video Konvokesyen Berdasarkan Trailer Filem ”Avengers Endgame”

Graduan Ini Telah Menghasilkan Video Konvokesyen Berdasarkan Trailer Filem ”Avengers Endgame”

Diterbitkan November 21, 2019 · Dikemas kini November 21, 2019 oleh irfan suhaimee

Konvokesyen merupakan sebuah majlis yang amat besar dan penting buat para graduan. Sebelum berlangsungnya majlis tersebut, pelbagai kenangan akan dicatatkan bersama rakan-rakan seperjuangan sepanjang menempuh alam kampus ini. Ada di antara mereka yang sibuk berfoto bersama rakan dan juga membuat video kenangan bersama rakan seperjuangan.

Graduan Ini Telah Menghasilkan Video Konvokesyen Berdasarkan Trailer Filem ”Avengers Endgame”

Berbeza pula kali ini, apabila beberapa orang graduan Universiti Malaysia Perlis(Unimap) telah berjaya menghasilkan sebuah video yang agak unik iaitu video konvokesyen berdasarkan trailer filem “Avengers Endgame”. Video yang bernama “Graduation Last Game” tersebut dihasilkan hanya untuk kenangan bersama rakan seperjuangan mereka sahaja tetapi telah menjadi video rasmi Pada majlis konvokesyen mereka di Unimap.

Graduan Ini Telah Menghasilkan Video Konvokesyen Berdasarkan Trailer Filem ”Avengers Endgame”

Menurut Muhammad Fithri selaku pemilik video tersebut, beliau menghasilkan video tersebut hanyalah sebagai sumber inspirasi dan kenangan bersama rakan sepanjang 3 tahun belajar di Unimap. beliau yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu telah menghasilkan video tersebut bersama beberapa orang rakan dan tidak menyangka ia akan menjadi video rasmi konvokesyen Universiti berkenaan. Beliau juga memberi sebab memilih Avengers Endgame sebagai contoh kerana ia memaparkan perjuangan bersama rakan-rakan sehingga berjaya mencapai matlamat yang diimpikan.

Graduan Ini Telah Menghasilkan Video Konvokesyen Berdasarkan Trailer Filem ”Avengers Endgame”

Lebih menarik lagi, beliau dan rakan-rakan telah menghasilkan video yang berkaitan dengan subjek yang mereka pelajari dan ini memberi inspirasi buat para pelajar yang lain.

Justeru, diharapkan apa yang dilakukan oleh mereka dapat menjadi inspirasi buat para pelajar terutamanya yang sedang mempelajari kursus berkaitan dengan video untuk terus berusaha memantapkan bakat yang ada dan mencuba sesuatu yang berlainan yang mungkin akan menjadi contoh terbaik seperti Fithri dan rakan-rakan telah lakukan.

Video penuh:

Kredit:

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY