Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GrabKitchen wide

GrabKitchen Kini Di Malaysia – Pesan Pelbagai Jenama Makanan Dengan Satu Bayaran Penghantaran

Diterbitkan Januari 25, 2021 oleh Amsyar Latif

Grab Malaysia hari ini telah mengumumkan GrabKitchen iaitu dapur awanan (cloud kitchen) pertama di Malaysia yang terletak di Hartamas. Ia pertama kali diperkenalkan di Jakarta pada 2018 dan telah berkembang sehingga 55 dapur awanan di seluruh Asia Tenggara.

Melalui GrabKitchen, ia sebenarnya adalah satu pusat “one-stop” yang mana menempatkan pelbagai jenama restoran dalam satu kawasan atau kedai yang sama.

GrabKitchen Kini Di Malaysia – Pesan Pelbagai Jenama Makanan Dengan Satu Bayaran Penghantaran

Dengan ini, anda boleh terus membuat pesanan daripada pelbagai jenama makanan dan hanya perlu membayar satu sahaja untuk kos penghantaran.

GrabKitchen 1

Setakat ini, hanya 11 restoran sahaja yang terdapat dalam GrabKitchen, antaranya adalah Kenny Rogers Roasters, Black Whale, Saba Restaurant, Salad Atelier dan banyak lagi.

Oleh itu, anda boleh memesan makanan atau minuman daripada mana-mana restoran tersebut dan kos penghantaran hanya dikira sebagai satu. Secara tidak langsung, ia menjimatkan kos anda.

Walau bagaimanapun, seiring dengan perintah kerajaan, GrabKitchen hanya dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam dan pesanan makanan perlu dibuat sebelum jam 9:20 malam.

Sumber: Grab

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY