GrabDurian Kembali - Nikmati Durian Musang King Serendah RM 8 Hujung Minggu Ini

Musim durian kembali ! Raja buah ini menjadi kegilaan ramai tanpa mengira bangsa dan umur maka tidak hairanlah ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit, mengharungi perjalanan yang jauh serta beratur panjang semata-mata untuk menikmati buah kegemaran mereka.

Bermula awal bulan ini, kita dapat saksikan lambakan peniaga menjual durian di bahu jalan dengan pelbagai jenis durian dan harga yang ditawarkan. Durian jenis musang king merupakan antara durian yang paling popular namun berharga agak mahal sekitar RM 20/kg.



Berita baik bagi pengguna perkhidmatan e-hailing, Grab di mana mereka sedang membuat promosi menarik bagi membolehkan anda menikmati durian kegemaran anda itu dengan harga cuma RM 8 sebiji. Dan setiap biji durian mempunyai berat minimum 1.3 kilogram.

Anda yang terlibat boleh menebus Musang King dengan 500 Grab Rewards pada hari ini (18 Julai) dan mendapatkan durian berkenaan pada Sabtu(21 Julai) atau Ahad(22 Julai). Selepas itu, anda menebus, perlu mengisi borang untuk menetapkan tarikh bagi mendapatkan durian berkenaan. Bagaimanapun, promosi ini khas kepada ahli Grab Platinum dan Gold serta ia boleh didapati di gerai Durian SS2, Petaling Jaya sahaja.

Kredit : Grab Malaysia


Bagi mereka yang tidak menggemari durian Musang King, anda juga boleh mendapatkan durian jenis lain seperti Udang Merah dan D24 dengan potongan harga sebanyak RM 15. Tawaran ini pula hanya ditawarkan kepada pengguna GrabPay Credit sahaja. Untuk terma dan syarat lengkap, anda boleh dapatkan di sini.

Sumber