GrabCar Kini Beroperasi Sehingga 11 Malam, Maksimum 2 Penumpang

Dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang baharu, Grab Malaysia telah membuat beberapa pengubahsuaian terhadap waktu operasi GrabCar mereka.

Bermula hari ini (4 Mei 2020), waktu operasi GrabCar kini telah dilanjutkan dari 6 pagi sehingga 11 malam. Selain itu, hanya maksimum 2 penumpang sahaja yang dibenarkan.

Tambahan lagi, kedua-dua pihak pemandu serta penumpang diarahkan untuk memakai topeng muka dan juga membawa sanitasi tangan sendiri. Antara langkah-langkah lain yang diambil oleh pihak Grab termasuklah pemandu boleh membatalkan sesi pemanduan dan boleh melaporkan anda ke pihak berkuasa jika anda mengalami simptom wabak Covid-19.

Sama juga, penumpang pun turut boleh membatalkan tumpangan dan melaporkan pemandu jika mereka juga turut mengalami simptom sama.

Untuk bacaan lebih lanjut mengenai panduan Covid-19 Grab Malaysia, anda boleh ke pautan ini.

Sumber: Grab