Grab Tidak Akan Terima Bayaran Tunai Untuk Operasi Dari Jam 2 Pagi Hingga 6 Pagi

Perkhidmatan Grab sedia menerima pembayaran secara tunai dan juga tanpa tunai menerusi e-dompet GrabPay bagi memudahkan pengguna membuat pilihan.

Namun begitu, atas faktor keselematan pembayaran secara tunai akan dihentikan sementara bagi waktu operasi antara jam 2 pagi sehingga 6 pagi berdasarkan e-mel pemberitahuan yang dihantar oleh Grab kepada pengguna. Langkah ini dibuat atas sebab untuk meningkatkan lagi keselamatan, terutama sekali pemandu Grab yang terdedah kepada ancaman disamun seperti yang kedengaran sebelum ini.



Dengan pelaksanaan bayaran tanpa tunai pada tempoh 2 pagi hingga 6 pagi itu, ia meninggalkan pengguna kepada kaedah pembayaran tanpa tunai GrabPay yang juga boleh ditambah nilai atau dipautkan bersama kad kredit/debit.

Selain faktor keselamatan, penggunaan GrabPay ini juga boleh menyelesaikan masalah masalah pemulangan duit baki. Jadi bagi anda yang sering menggunakan perkhidmatan Grab pada lewat pagi bolehlah memastikan baki GrabPay mencukupi atau pautkan saja pada kad kredit/debit anda.