Grab Sah Beli Uber Dan Ambil Alih Perniagaan Mereka Di Asia Tenggara

Uber Technologies Inc. hari ini telah bersetuju untuk menjual operasi mereka di Asia Tenggara menandakan pengunduran mereka dari rantau ini.

Dalam masa yang sama, Grab akan mengambil alih semua operasi Uber di Asia Tenggara termasuk servis penghantaran makanan, UberEats. Sebagai balasan, Uber mendapat pegangan saham sebanyak 27.5% di dalam Grab termasuk CEO Uber Asia Tenggara menyertai firma dari Singapura itu.



Perkembangan ini menguntungkan kedua-dua pihak yang telah melakukan pelaburan yang besar bagi mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran pengguna. Uber pernah menjual pasaran mereka di China kepada pesaing tempatan, Didi Chuxing dan pasaran Rusia kepada Yandex.



Uber kini boleh memfokuskan perhatian mereka terhadap pasaran Amerika Utara dan Eropah, situasi yang diingini oleh SoftBank Group yang menjadi pelabur untuk Uber dan Grab. Grab pula kini boleh memfokuskan pertarungan mereka di Asia Tenggara dengan pesaing tempatan lain seperti Go-Jek