Grab Memperkenalkan ‘Food Courts by GrabFood'

Disebalik pemulihan ekonomi secara perlahan-lahan, masih terdapat sebahagian komuniti di seluruh negara yang mengalami kesulitan berikutan kesan pandemik COVID-19 dan tempoh kawalan pergerakanyang dilaksanakan.

Oleh itu, pihak Grab mengumumkan pengenalan servis Food Courts by GrabFood’ dan memperluaskan 'Pasar by GrabMart’ ke beberapa bandar lain.

Ia adalah sebagai usaha berterusan Grab sebagai peneraju dan penyokong ekonomi digital dalam membantu peniaga tradisional mengambil bahagian dalam ekonomi digital dan mengembangkan perniagaan mereka di samping menyediakan pelbagai pilihan yang berpatutan kepada rakyat Malaysia dalam situasi pemulihan ekonomi ketika ini.

‘Food Courts’ by GrabFood mempbolehkan  pelanggan memesan daripada beberapa vendor yang berbeza di satu medan selera dan membayar hanya sekali sahaja bayaran penghantaran. 

Ini membolehkan para pengguna menyokong kedai makanan tempatan dengan harga yang berpatutan di samping masih mengamalkan penjarakan sosial.

Perkhidmatan ini kini sudah pun ditawarkan di medan selera di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka dan Ipoh.

Bagi perkhidmatan Pasar by GrabMart pula, ia telah dikembangkan ke ke Kota Kinabalu bermula dengan Pemborong Sayur 333. Susulan kejayaan perkhidmatan itu yang mula ditawarkan Pasar TTDI dan seterusnya di Lembah Klang dan Chowrasta (Pulau Pinang).

Grab juga memaklumkan bahawa pengguna Pulau Pinang kini dapat mencari beberapa pasar lain di GrabMart, iaitu, Pasar Batu Lanchang dan Pasar Bayan Baru, dengan Pasar Seberang Jaya dan Pasar Bagan Ajam pula akan tersedia di GrabMart pada awal Oktober ini.