Grab Kini Lebih Hampir Mendominasi Pasaran Asia Tenggara

Penyedia pengangkutan ride-hailing, Grab dikatakan sudah berada di peringkat akhir rundingan untuk membeli Uber Technologies Inc. seterusnya mengambil penguasaan pasaran daripada Uber.



Berita ini dilaporkan oleh individu yang terlibat secara langsung dalam perbincangan tersebut.  Sebagai ganti, Uber dikatakan akan diberi sedikit pegangan saham di dalam Grab. Jika perkara ini berlaku, ini merupakan kali ke-2 Uber berbuat demikian Uber melepaskan pasaran negara China kepada pesaing mereka, Didi Chuxing.



Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi pada bulan lepas memberi jaminan yang Uber sedia untuk merebut pasaran Asia dari pesaing-pesaing mereka. Pasaran Asia Tenggara pada hari ini mengandungi hampir 620 juta orang.



Uber dan Grab dibiayai oleh organisasi yang sama iaitu SoftBank Group dan ini menandakan yang Uber akan memberi perhatian penuh terhadap pasaran Eropah dan Amerika Syarikat manakala Grab pula pasaran Asia Tenggara.