Grab Intercity Kini Terima Tempahan Bas, Feri Hingga Ke Singapura

Grab telah melancarkan perkhidmatan Intercity pada November tahun lalu di mana pelanggan boleh membeli tiket bas dan feri terus melalui aplikasi Grab.

Sekarang, pelanggan boleh membeli tiket ke lebih 30 destinasi di Singapura selain 11 negeri dan bandar di Malaysia.

Laluan antara Malaysia dan Singapura untuk Grab Intercity sudah mula dibuka bermula hari ini.

Diskaun sebanyak 10% sedang ditawarkan untuk tiket yang dibeli melalui platform tersebut.

Kami pernah berkongsi cara menggunakannya di SINI.

Sumber: BERNAMA