Grab Akan Hantar Mesej Amaran Nur Alert Kepada Pemandu, Bantu Kesan Kanak-Kanak Hilang

Sistem amaran kanak-kanak hilang, Nur Alert, kini diluaskan lagi medium penyebarannya pada platform Grab.

Melaluinya, pemandu Grab di 35 bandaraya akan menerima mesej amaran Nur Alert sebagai langkah menyebarkan maklumat tentang kehilangan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.

Selain itu, Grab juga dikatakan akan mencari dan membangun cara untuk meluaskan lagi kesedaran mengenai Nur Alert dalam kalangan penumpang serta masyarakat luar.

Perkara ini telah diumumkan Grab 1 Mac lalu, pada acara pelancaran kempen #SaferEveryday yang turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dalam usaha membantu membanteras jenayah kanak-kanak, khususnya kes hilang.

Sumber: Bernama