GPU-Z Kini Boleh Memberitahu Jika Kad Grafik NVIDIA Anda Palsu Atau Asli

Perisian GPU-Z yang dimiliki oleh TechPowerUp telah dikemaskini dan fungsi terbaru perisian tersebut boleh memberitahu pengguna samada kad grafik NVIDIA mereka adalah asli ataupun palsu. Ini boleh membantu pembeli yang mahu membeli kad grafik terpakai bagi mengelakkan mereka ditipu.

Penipuan kad grafik meningkat dengan ketara selepas industri cryptocurrency meningkat mendadak tidak lama dahulu membuatkan kad grafik yang berada di pasaran dijual dengan harga jauh lebih mahal daripada biasa. Penjual mengambil kesempatan menjual kad grafik yang lebih rendah kemampuannya dan memasarkannya sebagai yang premium.

Dengan kedatangan kad grafik RTX NVIDIA yang akan datang, kemungkinan penipuan kad grafik tersebut akan berlaku. GPU-Z akan memberitahu pengguna di bahagian nama kad grafik tersebut dan simbol hazard akan muncul jika ia mengesan kad grafik NVIDIA yang palsu.



GPU-Z juga sudah menambah sokongan pengesan kad palsu untuk siri RTX ini yang akan menggunakan nama GK106 GPU. Untuk muat turun persisian GPU-Z secara percuma, sila lihat di SINI

Berkaitan