GoSho - Tiada Lagi Alasan untuk Menonton Bola di Luar

Dahulu masyarakat menggunakan televisyen untuk menonton berita dan mendapatkan hiburan. Kini tren itu telah beralih arah dimana penonton mengakses kandungan itu daripada telefon pintar sahaja. Walaupun begitu, telefon bimbit masih belum memberi kepuasan kepada masyarakat untuk menonton drama kerana ia tidak sebesar skrin televisyen.

Disebabkan timbulnya isu ini muncul lah projektor yang boleh memancarkan apa juga kandungan yang ada di dalam laptop. Tetapi kini terdapat satu inovasi baru bagi projektor iaitu GoSho yang boleh memancarkan apa sahaja dan yang paling penting ia bersaiz 3.5 inci dan mudah di bawa ke mana-mana.

GoSho, peranti yang boleh dihubungkan tanpa wayar, HDMI, dan USB serta kapasiti bateri 11000 mAh.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Kapsyen: Kredit: Indiegogo


GoSho mempunyai model klasik hitam dan putih manakala model terhad edisi Walnut. Ciri yang dimuatkan dalam projektor ini dengan "180 Ansi Lumens", kecerahan gambar yang unggul, tahap kontras dan tahap kejelasannya melangkaui semua projektor lain yang ada di pasaran.  GoSho bersaiz kecil tetapi ia berunjuran 200 layar lebar.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


GoSho terbina sekali dengan model wifi di dalamnya, boleh memaparkan kandungan terus dari telefon bimbit, komputer riba, tablet dan konsol permainan anda. Projektor ini juga datang dengan alat kawalan jauh yang fungsinya sama seperti televisyen.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Anda juga boleh mengawal projecter tersebut dengan suara. Jadi dengan adanya GoSho anda dapat merasai bagaimana menonton filem dirumah tetapi suasana  seperti didalam wayang. Projek ini masih berada di peringkat pengeluaran.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Sumber: Indiegogo

 

 

 

 

 

Berkaitan