GoPro Umum Kerjasama Dengan Huawei Untuk Aplikasi Suntingan Video

GoPro, Inc. (NASDAQ: GPRO) hari ini mengumumkan kerjasama dengan Huawei Consumer Business Group di mana aplikasi suntingan video mudah alih Quik GoPro akan dimuatkan ke dalam Gallery peranti yang menggunakan sistem operasi Huawei EMUI 5.1 , termasuklah P10  dan P10 Plus,

Quik ™ menjadikannya mudah untuk membuat video yang menakjubkan. Quik menganalisis foto dan klip video untuk mencari detik-detik yang terbaik dan secara automatik menjana video yang lengkap dengan peralihan dan kesan disegerakkan mengikut rentak lagu yang dimasukkan atau lagu-lagu anda sendiri.

snap6146

Pengguna yang mahukan lebih kawalan boleh menyesuaikan suntingan mereka dengan kesan gerakan perlahan, filter dan banyak lagi. Pada 2016, Quik dimuat turun lebih 12 juta kali dan dikatakan menjadi salah satu aplikasi video editing paling digemari ketika ini.

Aplikasi Quik dari GoPro ini sebenarnya sudah berada di pasaran ketika ini untuk peranti iOS dan Android.

Sumber