GoPro Membuang Pekerja Dalam Usaha Penstrukturan Semula Syarikat Mereka

GoPro pada hari ini sedang bergelut dan mereka sedia unutk melepaskan perkerja mereka. Syarikat pembuat kamera aksi ini memberi kenyataan bahawa mereka akan mengurangkan 15% pekerja dalam usaha untuk penstrukturan semula syarikat mereka. Dalam masa yang sama mereka terpaksa membatalkan beberapa program rekruit dan kerja kosong. Penyusunan semula syarikat tersebut juga menyebabkan penutupan Bahagian Hiburan seperti yang ditonjolkan oleh Google.

download-3

Presiden GoPro dan bekas CEO Skype, Tony Bates juga bakal digantikan pada hujung tahun ini walaupun tidak dinyatakan sebab oleh pihak GoPro sendiri. Penjualan kamera GoPro mula merudum pada tahun ini apabila datangnya pesaing jenama kamera aksi yang lain di pasaran. Namun, insiden pemangilan semula GoPro Karma juga adalah antara sebab terbesar mereka mengalami kerugian.

GoPro juga memberitahu jualan Black Friday naik 35 peratus berbanding tahun lepas di pasaran US dan jualan secara online juga naik 33 peratus diantara Thanksgiving dan Cyber Monday (28 November) sedikit sebanyak membantu mereka ketika ini.

Sumber: Engadget