Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GoPro Memberi Hero 5 Black Percuma Kepada Pembeli Drone Karma Yang Rosak

GoPro Memberi Hero 5 Black Percuma Kepada Pembeli Drone Karma Yang Rosak

Diterbitkan November 21, 2016 · Dikemas kini November 21, 2016 oleh Haikel Areff

Masih ingatkah anda berita tentang insiden drone GoPro Karma yang tiba-tiba jatuh kerana kehilangan kuasa beberapa minggu yang lepas?. Setelah insiden tersebut, GoPro mengumumkan di laman web mereka untuk memanggil semula drone Karma di pasaran dan akan memulangkan semula semua drone mereka selepas ianya diperiksa secara teliti. Hal ini adalah satu langkah yang harus dipuji kerana menunjukkan betapa pentingnya ciri keselamatan dan kualiti yang dijaga oleh GoPro.

Pengguna yang telah memulangkan semula drone Karma kepada pihak GoPro bakal menerima pampasan iaitu sebuah kamera aksi mereka GoPro Hero 5 Black. Dibawah adalah contoh video yang memperlihatkan Karma secara tiba-tiba hilang kuasa dan jatuh pada jarak 170 kaki. Anda boleh melihat beberapa video lain yang memaparkan insiden yang sama di Youtube.

GoPro mendakwa mereka menjual 2,500 drone Karma setakat ini di pasaran US dan kesemua drone tersebut akan di panggil semula. GoPro membuat keputusan tersebut adalah kerana terdapat banyak laporan dan rungutan dari pengguna. GoPro juga turut berkata tiada kemalangan atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, namun mereka tidak pasti berapa banyak yang terkesan daripada jumlah 2,500 drone yang dijual.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY