GoPro Hero9 Black Dilancarkan

GoPro telah melancarkan model terbaru kamera aksi GoPro Hero9 Black yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri baru menarik.

GoPro Hero9 Black kini dilengkapi dengan sensor kamera yang menyokong rakaman video 5K dan fotografi 20MP.

Ciri rakaman penstabilan video HyperSmooth 2.0 pula dinaik taraf kepada HyperSmooth 3.0.

Menjadikannya lebih menarik, skrin hadapan kamera aksi ini juga kini lebih besar (kini bersaiz 1.4 inci) serta berwarna.

Kapasiti bateri GoPro Hero9 Black turut ditingkatkan di mana kini ia 30% lebih besar dari model GoPro Hero8.

https://www.youtube.com/watch?v=xYX6b1-9Coo&feature=emb_logo

Selain produk utama, Gopro juga melancarkan aksesori lena terbaru khas untuk Hero9 Black.

Lensa Max Lens Mod itu dijual berasingan pada harga USD99.99. Lensa tersebut dapat meningkatkan saiz resolusi video sehingga 2.7K60 untuk ciri rakaman ultra lebar Max SuperView.

Aksesori tambahan lain termasuklah Display Mod (USD79.99) dan Light Mod (USD49.99) turut dilancarkan.



Harga jualan GoPro Hero9 Black untuk pasaran Malaysia adalah berharga dari RM2,099.

Untuk info lanjut, layari laman rasmi GoPro.com atau layari laman facebook GoPro Malaysia bagi mendapatkan tawaran menarik sempena pelancaran model terbaru kamera aksi tersebut.