GoPro Hero 7 Mempunyai Tiga Warna Berdasarkan Paparan Imej Di Kedai

Go Pro Hero 7 dijangkakan pelancarannya diadakan pada bulan ini. Namun sebelum ia rasmi dipertontonkan, kamera aksi tersebut dikatakan telah membuat kemunculan lebih awal disebuah kedai diluar negara.

Berdasarkan paparan, Hero 7 didatangkan dengan tiga variasi warna iaitu Putih, Perak dan Hitam.



Imej tersebut telah dikutip dari The Verge yang dirakam oleh pengguna Imgur Austin Mittelstadt beberapa hari lepas.

Selain perbezaan warna, versi hitam merupakan satu-satunya model yang mempunyai skrin paparan dihadapan.

Selain itu, Hero 7 juga dikatakan mempunyai sokongan kalis air sehingga kedalaman 10 meter sama seperti Hero 6.