GoPro Hero 6 Black Ditawarkan Untuk Pasaran Tempatan Pada Harga RM2399

Keluaran baru kamera aksi dari jenama terkenal, GoPro, dilaporkan sudah memasuki pasaran dalam negara dengan rasminya hari ini.

Selaku pengedar sah Go Pro untuk pasaran Malaysia, FunSportz Sdn Bhd telah memperkenalkan kamera aksi GoPro Hero 6 Black yang mana ia berkebolehan merakam video 4k pada kadar 60fps dan resolusi 1080p dengan kadar 240fps.

Kamera aksi yang mempunyai penstabil video terbina ini bakal dijual pada harga RM2399 dan sudah boleh didapati di semua pengedar sah.

Ia tampil lebih besar sedikit jika dibandingkan dengan keluaran sebelumnya serta prestasi yang dipertingkatkan. Berikut merupakan spesifikasi GoPro Hero 6 Black...

  • Kamera 12MP dengan sokongan rakaman video 4K

  • Cip pemprosesan GP1

  • Touch Zoom yang diberi nafas baru

  • 5GHz WiFi

  • Sesuai digunakan pada Karam dan GoPro Mount sedia ada

  • Arahan suara untuk 10 jenis bahasa

  • GPS, Accelerometer dan gyroscope


Sumber: TechNave