GoPro akan kembali dengan Drone yang diberi nama Karma untuk pertama kalinya pada 19 September ini, menurut video pendek dari akaun Twitter GoPro. GoPro dilihat sedaya upaya merahsiakan tentang drone Karma mereka dengan hanya mengeluarkan video pendek yang dirakamkan menggunakan drone tersebut.

Sebelum ini GoPro telah mengumumkan mereka akan datang dengan rekaan quadcopter pada bulan May tahun lepas di Code Conference oleh CEO Nick Woodman. Kini kita tahu ianya adalah drone panggil sebagai Karma.

GoPro merancang untuk melancarkan Karma bersama Hero 5 yang akan dipersembahkan pada hari yang sama.