GoPayz Tawar Perkhidmatan Bayaran Zakat Terus Kepada Lembaga Zakat Selangor

GoPayz yang dibangunkan oleh U Mobile ini menawarkan perkhidmatan kewangan digital yang komprehensif. Dari insurans mikro hingga ke pelaburan kekayaan, GoPayz menawarkan semua akses kepada perkhidmatan kewangan mampu milik pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Kali ini, melalui e-dompet tersebut, pelanggan boleh mula membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi aplikasi dan laman rasmi GoPayz. Secara tidak langsung, ia telah menjadi e-dompet pertama yang menawarkan perkhidmatan sedemikian yang memudahkan urusan ibadah zakat ditunaikan.

Tambah menarik lagi apabila pembayaran boleh dibuat ke atas pelbagai ibadah zakat, termasuklah Zakat Perniagaan, Zakat Emas, Zakat Simpanan, Zakat Fitrah, Zakat Saham dan bermacam zakat lain.

"GoPayz yang dilantik oleh LZS sebagai ejen pengutipan zakat ini berpeluang membantu pelanggan untuk menunaikan kewajipan zakat tahunan menerusi ekosistem digital yang kukuh lagi selamat di mana jua," hasil perkongsian Wong Heang Tuck, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan U Mobile Group.

Kapsyen: Tuan Haji Saipolyazan dan Encik Wong Heang Tuck bertukar cenderamata sempena perlantikan GoPayz sebagai ejen zakat Lembaga Zakat Selangor.


Pengguna GoPayz hanya perlu mengikuti beberapa langkah ini untuk menunaikan kewajipan zakat:

  • Daftar masuk aplikasi atau laman GoPayz 

  • Tekan Services > Islamic > Zakat > Lembaga Zakat Selangor

  • Lengkapkan maklumat yang diminta

  • Akan dibawa ke laman “Lafaz Niat Bayar Zakat”. Sila tekan “Terus Bayaran”

  • Pilih cara pembayaran untuk melengkapkan transaksi tersebut


Ini merupakan fasa pertama dan GoPayz akan terus memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti pada masa hadapan.