Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1_ U Mobile Zakat

GoPayz Tawar Perkhidmatan Bayaran Zakat Terus Kepada Lembaga Zakat Selangor

Diterbitkan Disember 18, 2019 oleh Haikel Areff

GoPayz yang dibangunkan oleh U Mobile ini menawarkan perkhidmatan kewangan digital yang komprehensif. Dari insurans mikro hingga ke pelaburan kekayaan, GoPayz menawarkan semua akses kepada perkhidmatan kewangan mampu milik pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Kali ini, melalui e-dompet tersebut, pelanggan boleh mula membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi aplikasi dan laman rasmi GoPayz. Secara tidak langsung, ia telah menjadi e-dompet pertama yang menawarkan perkhidmatan sedemikian yang memudahkan urusan ibadah zakat ditunaikan.

Tambah menarik lagi apabila pembayaran boleh dibuat ke atas pelbagai ibadah zakat, termasuklah Zakat Perniagaan, Zakat Emas, Zakat Simpanan, Zakat Fitrah, Zakat Saham dan bermacam zakat lain.

“GoPayz yang dilantik oleh LZS sebagai ejen pengutipan zakat ini berpeluang membantu pelanggan untuk menunaikan kewajipan zakat tahunan menerusi ekosistem digital yang kukuh lagi selamat di mana jua,” hasil perkongsian Wong Heang Tuck, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan U Mobile Group.

Photo 2_U Mobile Zakat
Tuan Haji Saipolyazan dan Encik Wong Heang Tuck bertukar cenderamata sempena perlantikan GoPayz sebagai ejen zakat Lembaga Zakat Selangor.

Pengguna GoPayz hanya perlu mengikuti beberapa langkah ini untuk menunaikan kewajipan zakat:

  • Daftar masuk aplikasi atau laman GoPayz 
  • Tekan Services > Islamic > Zakat > Lembaga Zakat Selangor
  • Lengkapkan maklumat yang diminta
  • Akan dibawa ke laman “Lafaz Niat Bayar Zakat”. Sila tekan “Terus Bayaran”
  • Pilih cara pembayaran untuk melengkapkan transaksi tersebut

Ini merupakan fasa pertama dan GoPayz akan terus memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti pada masa hadapan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
©2026 WISER.MY