Goole Akan Hadirkan Fungsi "Kumpulan Tab" Pada Chrome Supaya Senang Diurus

Melayari internet dengan tab-tab yang bersepah dibahagian atas kadang-kala membuatkan mata kita berasa semak.

Apabila terlalu banyak, ia merumitkan kita mencari semula tab yang terkandung dengan halaman web yang ingin dilawati.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Google dilaporkan sedang membangunkan fungsi penyelesaian dengan cara mengumpulkan tab-tab tersebut.

Ciri tersebut akan membenarkan pengguna Chrome menyusun tab ke dalam kumpulan yang berbeza seperti contoh diletakkan pada kumpulan untuk tugasan yang tertentu.

Belum dapat dipastikan lagi bila penawaran tab berkumpulan ini akan dibuat untuk umum.

Sumber: Chrome Story via Android Police