Google Translate Tambah Lima Bahasa Baru

Bagi yang mahukan terjemahan bahasa dengan pantas, perkhidmatan Google Translate sangat diperlukan. Hampir jutaan orang menggunakan Google Translate untuk menterjemah dalam pelbagai bahasa sama ada untuk perbualan, penulisan dan sebagainya. Selain itu, wujud juga fungsi butang Listen untuk pengguna mudah menyebut dan mendengar terjemahan apabila diterjemahkan ke dalam bahasa yang lain.

Google Translate baru-baru ini telah menambah lima bahasa baru dalam aplikasinya iaitu bahasa Kinyarwanda, Odia (Oriya), Tatar, Turkmen dan Uyghur. Jumlah bahasa kini meningkat kepada 108 bahasa dengan penambahan lima bahasa yang terbaru ini. Google juga mengatakan, hampir 75 juta pengguna di seluruh dunia menggunakan bagi kelima-lima bahasa baru ini.

Selama empat tahun Google Translate wujud, ini merupakan kali pertama mereka membuat penambahan bagi bahasa yang baru untuk aplikasi mereka.

Sumber : The Verge