Google Telah Review 1 Juta Video YouTube Yang Disyaki Sebagai Pengganas

Proses review dibuat secara manual.


Pada 24 April lalu, unit Alphabet Inc’s Google memberitahu panel U.S House bahawa mereka telah review lebih daripada satu juta video YouTube yang disyaki sebagai video pengganas untuk tempoh 3 bulan pertama tahun 2019.

Daripada 1 juta video tersebut, mereka mendapati 90 ribu daripadanya telah melanggar polisi berkaitan pengganas.

Google juga menyatakan bahawa mereka telah menghabiskan beratus juta Dollar US setiap tahun bagi proses review terhadap kandungan-kandungan video di YouTube sahaja yang dibuat secara manual.

Bermula dalam bulan Mac, pihak berkuasa keselamatan Amerika telah menyeru kepada 4 syarikat teknologi utama mereka iaitu Google, Facebook Inc, Twitter Inc dan Microsoft Corp supaya mereka melaksanakan tugas dalam membuang kandungan berunsur keganasan di platfom mereka dengan lebih baik.

Ia susulan daripada kejadian video tembakan rambang yang berlaku di masjid di New Zealand yang distrim secara langsung menerusi Facebook.

Twitter dan Google telah menjawab kepada seruan pihak keselamatan Amerika tersebut. Menurut Twitter, sebahagian besar daripada 4,100 pekerja mereka di seluruh dunia adalah terlibat dalam aktiviti review kandungan yang dipos oleh pengguna mereka.

Manakala pihak Google pula menyatakan bahawa lebih daripada 10,000 pekerja mereka terlibat dengan review kandungan.

Pihak Facaebook pula dilaporkan masih belum memberi respon terhadap permintaan pihak risikan dan tindakan pengganas Amerika bagi mendedahkan belanjawan mereka untuk program mengekang keganasan dan jumlah pekerja mereka yang terlibat khusus bagi program tersebut.

Sumber: Reuters