Jumlah itu hanya dari bulan Julai hingga September 2019 sahaja.

Google memaklumkan menerusi Threat Analysis Group (TAG), mereka telah menghantar lebih daripada 12,000 amaran kepada pengguna berkaitan isu penggodaman yang berlaku ke atas pengguna mereka.

IKLAN

Jumlah amaran itu pula dihantar hanya dalam tempoh suku ketiga tahun ini. Tetapi Google menyatakan jumlah itu tidak banyak bezanya berbanding tahun 2017 dan 2018 bagi suku tahun yang sama.

Ia didedahkan dalam laporan analisis ancaman keselamatan yang diterbitkan Google bertajuk “Protecting users from government-backed hacking and disinformation“.

Imej: Google

Merujuk kepada peta di atas, kebanyakkan pengguna yang menerima amaran dari Google tentang berlakunya penggodaman ke atas mereka adalah pengguna di negara Amerika Syarikat, Korea Selatan, Pakistan dan Vietnam.

IKLAN

Menurut Google, mereka mengesan lebih daripada 270 grup penggodam dari 50 buah negara yang membuat serangan atas pelbagai tujuan termasuklah mengumpul maklumat, mencuri hak milik, menyerang organisasi, merosakkan sistem dan menyebarkan maklumat salah dan palsu.

Google memberitahu, kebanyakkan teknik penggodaman yang berlaku adalah melalui hantaran e-mel yang mengandungi pautan perisian hasad kepada pengguna.

IKLAN

Malah mereka amat mengesyorkan pengguna sasaran yang berisiko tinggi supaya melaporkan isu penggodaman yang berlaku ke atas mereka kepada pihak Google bagi membolehkan pihak Google membantu pengguna sasaran meningkatkan ciri keselamatan data mereka.

Over 90 percent of these users were targeted via “credential phishing emails” similar to the example below. These are usually attempts to obtain the target’s password or other account credentials to hijack their account. We encourage high-risk users—like journalists, human rights activists, and political campaigns—to enroll in our Advanced Protection Program (APP), which utilizes hardware security keys and provides the strongest protections available against phishing and account hijackings. APP is designed specifically for the highest-risk accounts.” Google.

Threat Analysis Group (TAG) merupakan grup pakar keselamatan Google yang telah ditubuhkan lebih sedekad lalu. Tugas utama mereka adalah melindungi pengguna dan menghalang sebarang insiden penggodaman dari berlaku dan memberikan amaran kepada pengguna mereka di seluruh dunia  berkaitan aktiviti penggodaman yang berlaku merangkumi produk-produk utama Google termasuklah Gmail, Drive dan YouTube.