Google Tawarkan Hadiah Bernilai Jika Anda Boleh Menggodam Peranti Nexus







Berita baik untuk penggodam di Malaysia. Kini Google menawarkan hadiah wang tunai sebanyak $350,000 untuk pertandingan Project Zero Prize.



Peserta perlu menggodam peranti mereka iaitu Nexus 6P dan 5X. Peserta akan hanya diberikan maklumat seperti nombor telefon dan alamat email. Pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk menguji ketahanan keselamatan peranti tersebut dan juga menilai bugs baru yang didapati melalui pertandingan ini. 



Selain daripada itu, peserta perlu mempersembahkan hasil kerja mereka dalam masa yang sama memberi maklumat terperinci untuk perlindungan dari hasil kerja peserta itu sendiri.Kepada yang berminat, sila layari laman khas Project Zero Prize dari google.