Google Tambah Baik Ciri Keselamatan Pada Aplikasi Chrome Untuk Android Dan iOS

Google kini meningkatkan ciri keselamatan pada aplikasi Chrome di peranti iOS dan Android dengan memberitahu kepada pengguna jika kata laluan yang disimpan adalah tidak selamat.

Sama seperti Google Password Checkup yang dilancarkan pada tahun 2019, Chrome Password Manager dapat mengetahui jika terdapat sebarang kerentanan dan memberi amaran kepada pengguna jika mendapati maklumat log masuk adalah tidak selamat pada laman web yang dilayari.

Untuk melakukan ini, Chrome menghantar salinan nama dan kata laluan pengguna yang disimpan. Ia kemudian akan dihantar melalui pemindahan penyulitan (encrypted). Data tersebut akan disemak dan seterusnya dimaklumkan kepada pengguna.

Enhanced Safe Browsing


Google turut memperkenalkan Enhanced Safe Browsing pada aplikasi Chrome. Ia memberikan perlindungan kepada pengguna dari serangan pancingan data, perisian hasad, dan mana-mana laman web yang berbahaya dengan berkongsikan data secara real-time.

https://www.youtube.com/watch?v=w8uNzQqsTrU

Google menyatakan, ciri perlindungan jangkaan pancingan data ini dapat menghindarkan sekurang-kurangnya 20% daripada pengguna untuk memasukkan kata laluan mereka dalam laman web tersebut.

Pengesahan biometrik pada iOS


Google telahpun melancarkan touch-to-fill untuk kata laluan di Android bagi mengelakkan serangan pancingan data. Bagi meningkatkan ciri keselamatan pada iOS, Google turut memperkenalkan pengesahan biometrik sebelum mengisi kata laluan secara automatik.

ciri keselamatan aplikasi Chrome

Pengguna peranti iOS kini boleh membuat pengesahan biometrik melalui Face ID, Touch ID atau kata laluan telefon.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri keselamatan pada Chrome yang telah ditambahbaik, layari pada pautan ini.