Ikuti kami di media sosial

Berita

Google Stadia Kini Rasmi – Main Tanpa Muat Turun, Di Mana Sahaja

Amir Zakwan

Ditulis

pada

Seperti yang diketahui, Google telah lama merancang untuk memperkenalkan satu platform perstriman permainan video sejak beberapa tahun yang lepas.

Pada tahun lalu Google telah memperkenalkan Project Stream, dengan permainan Assasin’s Creed Odyssey menjadi permainan tunggal yang diuji pada projek itu sebelum dihentikan pada Januari lalu.

Kini, Google sudah pun melancarkan Google Stadia di acara GDC 2019 sebagai perkhidmatan penstriman video terbaru mereka. Melaluinya, pengguna boleh bermain permainan video berkualiti tinggi tanpa sebarang muat-turun mahupun peranti berkuasa tinggi.

-- Iklan --

Boleh dikatakan, Google Stadia ini dapat digunakan pada mana-mana peranti yang mempunyai sokongan Internet dan skrin seperti TV, komputer, peranti Android dan tablet.

Menariknya, ia membolehkan pengguna yang menonton permainan video kegemaran di YouTube untuk terus memainkannya dengan hanya menekan butang yang disediakan pada video tersebut.

Google Stadia ini juga menyokong perstriman permainan video dengan kualiti 4K pada 60fps. Google juga bercadang untuk membawa sokongan 8K di masa akan datang.

Perkhidmatan ini akan dilancarkan di US, Kanada, UK dan Eropah bermula tahun ini namun tiada maklumat mengenai penawarannya di kawasan-kawasan di dunia setakat ini.

 

Sumber: The Verge

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular