Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Stadia Hanya Akan Mempunyai 12 Permainan Sahaja Ketika Pelancaran

Google Stadia Hanya Akan Mempunyai 12 Permainan Sahaja Ketika Pelancaran

Diterbitkan November 12, 2019 oleh Meor Hasyim

Google Stadia merupakan perkhidmatan penstriman permainan video dari Google. Melalui platform ini, pengguna tidak perlu memuat turun permainan kerana ia akan dimainkan secara atas talian. Ia secara rasminya akan dilancarkan pada 19 November ini.

Melalui blog rasmi, Google telah menyenaraikan permainan-permainan yang boleh didapati pada hari pelancarannya nanti. Hanya terdapat 12 permainan sahaja yang tersenarai. Permainan tersebut adalah:

  • Assassin’s Creed Odyssey
  • Destiny 2: The Collection
  • GYLT
  • Just Dance 2020
  • Kine
  • Mortal Kombat 11
  • Red Dead Redemption 2
  • Thumper
  • Tomb Raider: Definitive Edition
  • Rise of the Tomb Raider
  • Shadow of the Tomb Raider: Definitive Edition
  • Samurai Shodown

Namun, pelanggan Stadia tidak perlu menunggu lama kerana permainan lain akan ditambah dari semasa ke semasa. Pada masa yang sama juga, Google turut menyenarai permainan lain yang bakal tiba sebelum tahun 2019 melabuhkan tirai. Permainan tersebut adalah:

  • Borderlands 3
  • Farming Simulator 19
  • Final Fantasy XV
  • Football Manager 2020
  • GRID
  • Metro Exodus
  • RAGE 2
  • Attack on Titan 2: Final Battle
  • Darksiders Genesis
  • Dragonball 2 Xenoverse
  • Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint
  • NBA 2K20
  • Trials Rising
  • Wolfenstein Youngblood

Untuk permainan seperti Doom: Eternal, WatchDogs: Legion, Gods & Monsters dan juga Cyberpunk 2077, ia bakal hadir mungkin pada tahun hadapan.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY