Google Stadia Akan Ditawarkan Bermula 19 November 2019

Tapi...


Selain memperkenalkan model terbaru telefon pintar Pixel 4, Google turut mengumumkna secara rasminya servis platfom permainan mereka, Stadia akan dilancarkan pada 19 November 2019.

Bagi mereka yang sudah membuat tempahan awal pakej Stadia Founder's Edition, mereka lebih dulu akan dapat membeli dan memainkan permainan kegemaran mereka seperti Red Dead Redemption 2, Mortal Kombat 11, Kine dan banyak lagi di TV, komputer dan tablet serta telefon pintar terpilih pada 19 November nanti.

Kapsyen: Stadia Founder's Edition didatangkan bersama peranti kawalan permainan dan Google Chromecast Ultra.


Pengguna yang menempah pakej Stadia Founder Editions ataupun Premiere Edition, mereka secara automatik akan dapat mengakses versi Stadia Pro.

Stadia Founder Editions berharga USD129 dan bagi mengakses ke platfom perstriman permainan video ini pengguna  memerlukan kelajuan internet sekurang-kurangnya 10Mbps bagi memainkan permainan pada kualiti visual 720p atau selaju 20Mbps untuk kualiti 1080p. Sementara kualiti paparan 4K pula memerlukan kelajuan internet selaju 35Mbps.

Walaubagaimanapun, buat masa ini belum ada sebarang makluman dari pihak Google  bilakah Stadia akan ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=Pwb6d2wK3Qw