Google Sedang Menguji Aplikasi Carian Yang Lebih Ringan Untuk Membantu Pengguna Menjimatkan Data

Google sekarang sedang menguji aplikasi baharu yang memberi pengguna penggunaan data yang lebih sedikit dan lebih pantas. Aplikasi tersebut muncul baru-baru ini di dalam Facbook di Indonesia yang mengajak pengguna mencubanya.

Google Search Lite memaparkan muka halaman yang berbeza dengan apa yang ada sekarang untuk memberikan akses yang cepat kepada pilihan seperti cuaca, berita dan carian.



Google dilihat mensasarkan aplikasi tersebut untuk pasaran membangun yang kekurangan infrastruktur komunikasi seperti negara maju. Ini membantu pengguna menggunakan data yang lebih sedikit dan tidak memerlukan sambungan data mudah alih yang stabil.

Sumber