Google Sedang Membangunkan Ciri Pengesahan Biometrik Bagi Pengurusan Akaun Pengguna

Log masuk akaun dan membuat bayaran hanya dengan menggunakan wajah, cap jari atau imbasan retina mata.


Laman XDA Developers mendakwa Google kini sedang menguji sokongan ciri biometrik bagi menguruskan akaun pengguna mereka. Ciri tersebut akan membolehkan pengguna google mengakses akaun mereka malah membuat pembayaran hanya menerusi imbasan cap jari, retina mata ataupun wajah.

Pembangunan ciri biometrik itu berikutan kebimbangan terhadap servis privasi dan keselamatan data pengguna yang ada ditawarkan oleh pihak ketiga seperti LastPas, Dashlane dan servis lain.

Pihak XDA Developers juga telah menguji sendiri ciri biometrik yang sedang dibangunkan Google itu menerusi telefon pintar Pixel 4.

Kapsyen: Tangkap layar dari tetapan ciri biometrik Pixel 4 yang dikongsikan oleh laman XDA Developers.


Buat masa ini ciri pengesahan biometrik untuk pengurusan akaun pengguna Google ini masih dalam peringkat ujian dan pembangunan. Jadi tidak diketahui bilakah Google akan menawarkan ciri tersebut kepada semua pengguna mereka.