Google Sahkan Nearby Share Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Selepas beberapa bulan khabar angin berlegar, Google kini mengesahkan ciri "Nearby Share" akan dilancarkan tidak lama lagi. Berfungsi seakan Apple AirDrop, ia membolehkan pengguna Android berkongsi fail antara satu sama lain dengan lebih mudah dan pantas.

Nearby Share Kapsyen: Android Police


Antara perkongsian yang boleh dilakukan melalui Nearby Share termasuk video, gambar, pautan dan juga ciapan Twitter. Bagaimanapun, pengguna tidak boleh menggunakan fungsi itu untuk menghantar sebarang data kepada orang luar. Seperti AirDrop, ia perlu ditetapkan "visibility" terlebih dahulu.



Ujian beta bagi Nearby Share juga telah dilepaskan kepada beberapa pengguna Android melalui Google Play Services (beta). Menurut Google,

"We’re currently conducting a beta test of a new Nearby Share feature that we plan to share more information on in the future. Our goal is to launch the feature with support for Android 6+ devices as well as other platforms."

Pada masa ini, Samsung telah membangunkan fungsi yang sama iaitu Quick Share, yang membolehkan perkongsian fail sehingga lima orang dalam satu masa. Namun, kelebihan bagi Nearby Share adalah ia boleh digunakan untuk semua peranti Android, sementara Quick Share hanya boleh digunakan untuk peranti Samsung sahaja.

Sumber: Android Police