Google Reka Sampul Untuk Kurangkan Penggunaan Telefon

Google melancarkan tiga aplikasi eksperimen baru bagi mengurangkan anda menggunakan telefon sebagai sebahagian daripada inisiatif Digital Wellbeing. Ia termasuk dengan cara membungkus telefon anda dalam sampul kertas saiz telefon.

Ia kedengaran sama seperti kantung telefon yang diperlukan sesetengah artis untuk meminta peminat mereka meletakkan telefon semasa konsert, dan sampul Google ini sekurang-kurangnya membenarkan anda membuat panggilan jika perlu.



Jika anda ingin mencuba teknik sampul Google untuk diri anda, ia hanya berfungsi dengan Pixel 3A buat masa ini. Sekiranya anda mempunyai Pixel 3A, muat turun aplikasi Envelope di Play Store dan cetak PDF untuk sampul tersebut. Kemudian, potong mengikut templat, dan ikut arahan untuk membina sampul tersebut.

Seterusnya, apabila anda bersedia untuk mengurangkan penggunaan telefon, buka aplikasi Envelope tersebut, masukkan Pixel 3A ke dalam sampul tersebut dan tutup sampul dengan menggunakan gam. Setelah sampul tersebut ditutup, anda hanya boleh mendail nombor telefon, dial cepat, atau telefon memberitahu waktu semasa dengan kelipan angka pada pad nombor.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=Au14zEGkRaQ[/embed]

Dalam video ini, Google juga menunjukkan sampul bagi versi merakam gambar dan video. Ia adalah satu idea yang menarik namun pengguna mungkin hanya boleh menggunakan sampul tersebut sekali sahaja kerana sampul tersebut perlu dibuka jika ingin mengeluarkan telefon.

Activity Bubbles


Kapsyen: Gambar: Android Police


Dalam masa yang sama, Google juga melancarkan aplikasi Android iaitu Activity Bubbles, yang meletakkan buih pada wallpaper setiap kali anda menggunakan telefon dan buih tersebut semakin membesar apabila semakin lama anda menggunakannya. Ini bermakna, jika skrin telefon anda dipenuhi dengan buih tersebut, ia mungkin menandakan anda menghabiskan masa terlalu lama dengan telefon.

Screen Stopwatch


Kapsyen: Gambar: Android Police


Seperti Activity Bubbles, Screen Stopwatch adalah live wallpaper yang memaparkan penggunaan telefon secara real-time, memberikan anda jumlah yang tepat berapa lama anda menghabiskan masa menggunakan telefon.

Apabila telefon anda dikunci, kiraan dihentikan dan ia akan disambung kembali apabila anda membuka kunci. Ia menggalakkan anda untuk meletakkan telefon dan lakukan sesuatu yang lebih produktif.

Sumber: The Verge