Google Qalam - Cipta Kad Ucapan Sambutan Ramadan Anda Yang Tersendiri

Kita baru sahaja dimaklumkan bahawa sambutan meraikan bulan Ramadan al-Mubarak dan hari pertama berpuasa bagi tahun 2018 ialah pada 17 Me(Khamis) ini. Dan bersempena dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini, Google telah memperkenalkan fungsi terbaru mereka, Qalam.

Google Qalam ini akan membolehkan anda untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Ramadan' kepada sesiapa sahaja dengan kad ucapan yang tersendiri. Google telah berkolaborasi dengan sembilan artis terkemuka dalam menghasilkan reka bentuk ucapan bersempena Ramadan ini.



Mereka telah menyediakan sejumlah pilihan rekaan kad interaktif buat pengguna dan pengguna seterusnya dibenarkan untuk mengubahsuai rekaan warna pada reka bentuk grafik yang terdapat pada kad berkenaan. Hias kad anda dan kongsikan keriangan Ramadan bersama orang yang tersayang dengan cara yang terbaharu.


Sebelum



Selepas


Berikut merupakan satu video ringkas bagi memperkenalkan fungsi Qalam ini daripada pihak Google :

https://www.youtube.com/watch?time_continue=42&v=aHG9rjwtJH0

Setakat ini, tiada maklumat sama ada Google akan meneruskan fungsi ini untuk sambutan AidilFitri kelak atau tidak. Jadi, tunggu apa lagi? Layari laman Qalam dan cipta kad interaktif anda sendiri segera.

Sumber