Google Play Store Terus Dibanjiri Dengan Perisian Intip, Trojan Bank, Perisian Iklan Dan Aplikasi Meragukan

Google Play kekal menjadi lubuk pelbagai perisian hasad. Pengguna Android perlu berwaspada.


Penyelidik dari laman Dr. Web Anti-virus dalam pendedahan terbarunya mendakwa Google Play Store terus menjadi lubuk kepada penyebaran pelbagai perisian hasad menerusi aplikasi-aplikasi yang ditawarkan di dalamnya.

Aplikasi-aplikasi itu didapati menyamar dalam pelbagai kategori aplikasi seperti aplikasi kriptoeang, penjejak lokasi, permainan, aplikasi suntingan foto, peningkat  prestasi peranti, aplikasi keselamtan, kamera dan banyak lagi.

Walhal sebahagian besar aplikasi itu mengandungi pelbagai jenis perisian hasad seperti perisian intip, perisian iklan, trojan perbankan dan macam-macam lagi direka untuk mengintip dan memaparkan pelbagi iklan yang tidak dimahukan pengguna Android.

Penyelidik juga dalam laporannya mendedahkan mereka mengesan ssebuah trojan perbankan baru yang dikenali sebagai Android.Banker.352.origin. Trojan ini didapati menyamar sebagai aplikasi palsu dari versi asli aplikasi kriptowang YoBit.



"Once the application launched it open’s up a fake authentication window and asks customers to enter login credentials, if the login credentials are entered then the app sends the login credentials to the attacker server and shows the message claiming service unavailable."

Sebuah lagi perisian hasad baru yangditemui penyelidik adalah Android.Banker.347.origin. Ia merupakan trojan yang dimodifikasi daripada versi sebelumnya, Android.BankBot.495.origin dan Android.Banker.346.origin.

Perisian hasad ini turut mengelirukan pengguna Android dengan meniru menyerupai aplikasi asli ‘Encontre mais’ yang berfungsi bagi menjejaki lokasi keluarga dan rakan pengguna. Cuma perisian hasad ini secara khusus mensasarkan pengguna Android di negara Brazil bagi menggodam institusi perbankan negara tersebut.

Malah banyak lagi perisian hasad lain terbaru yang ditemui oleh penyelidik seperti perisian intip Program.Panspy.1.origin, Program.RealtimeSpy.1.origin, dan Program.MonitorMinor.

Perisian-perisan intip ini mampu mencuri pelbagai maklumat sulit dan data privasi pengguna dari peranti Android seperti mesej teks, panggilan telefon, mesej segera, lokasi peranti serta memindahkan data-data tersebut ke pelayar yang diurus oleh penyerang.



Oleh itu, para pengguna Android dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati apabila memuat turun sesebuah aplikasi ke dalam peranti mereka. Selidik dahulu sesebuah aplikasi itu sebelum memuat turun dan memasang aplikasi ke dalam peranti Android anda bagi memastikannya ia adalah dari pembangun yang sah.