Google Play Store Dikatakan Menguji Ciri Muat Turun Beberapa Aplikasi Secara Serentak

Platform muat turun Android, Google Play Store dikhabarkan akan hadir dengan beberapa penambahbaikan dari segi perubahan antaramuka serta fungsi dalamannya.

Salah satu ciri yang dilaporkan sedang diuji adalah kebolehan memuat turun beberapa aplikasi secara serentak. Umum sudah maklum bahawa ketika ini apabila muat turun aplikasi dibuat, ia akan dilakukan secara berturutan bermaksud, selepas selesai satu aplikasi dimuat turun dan dipasang, barulah aplikasi seterusnya dimuat turun.



Dengan adanya fungsi muat turun serentak, ia pastinya dapat menjimatkan masa pengguna terutama sekali ketika ingin memuat turun kemaskini beberapa aplikasi pada peranti.

Dikatakan, ciri ini sudah wujud pada Android KitKat dahulu tetapi ditarik balik mungkin disebabkan keupayaan yang terhad ketika itu.

Ia merupakan perubahan pada bahagian server dan berkemungkinan kebolehan muat turun beberapa aplikasi secara serentak ini akan mengambil sedikit masa untuk digunakan pada pengguna lain.

Sumber: Android Police via Android Authority