Google Play Points, Muat Turun Aplikasi Akan Diberi Ganjaran

Melalui program Google Play Point, pengguna Android yang membuat sebarang pembelian dari Google Play Store termasuklah langganan serta pembelian dalam aplikasi akan diberikan mata.

Setelah mata itu mencukupi, ia boleh ditebus kepada kredit Play Store yang seterusnya digunakan untuk membuat pembelian aplikasi serta kandungan lain.

Sudah dimulakan di Jepun dan Korea Selatan sejak tahun lalu, program ganjaran ini dikembangkan lagi ke Amerika Syarikat dan masih belum dapat dipastikan sama ada ia akan menjengah ke rantau lain ataupun tidak.

Dengan adanya Google Play Point, pembelian bukan sekadar mendapatkan aplikasi atau kandungan yang dibeli sahaja malah menerima mata dan apabila mencapai jumlah tertentu ia boleh digunakan untuk membuat pembelian yang lain.