Google Play Music Ditamatkan Di Google Play Store

Sejak Youtube Music diperkenalkan beberapa bulan yang lalu, Google telah mengumumkan bahawa mereka akan menutup secara terus Google Play Music.

Google Play Music merupakan salah satu pesaing dekat bagi Apple Music dimana ia menawarkan penstriman muzik serta membeli muzik menerusinya.



Hari ini, secara rasminya Google Play Music di Play Store ditamatkan serta merta di seluruh dunia. Dengan perubahan besar pada PlayStore, bahagian pembelian muzik sudah tidak dipaparkan lagi.

"Browse music" juga tidak lagi muncul sementara pada pelayar internet terdapat paparan mesej bahawa muzik di Google Play tidak lagi tersedia.

Menjelang akhir tahun, pengguna tidak boleh lagi mengakses aplikasi Google Play Music dan Google menggalakkan pengguna untuk beralih kepada YouTube Music.

Sumber: Google Play via 9to5Google