Google Play Instant: Gunakan Apps Sebelum Muat Turun

Google pernah mengumumkan fungsi terbaru dalam aplikasi Google Play mereka yang membenarkan pengguna untuk mencuba permainan di dalam Play Store mereka tanpa perlu memuat turun permainan tersebut terlebih dahulu.

Fungsi tersebut kini telah hadir dalam aplikasi Google Play dan idea disebalik fungsi ini adalah untuk memberikan pilihan kepada pengguna untuk mencuba sebelum menggunakan data memuat turun aplikasi yang mereka mahu.







Setelah mencuba Instant Apps ini, kami mendapati ia memberikan akses tidak penuh kepada pengguna dan hanya memberikan pengenalan kepada pengguna mengenai aplikasi tersebut. Pengguna boleh mendapat akses penuh setelah mereka memuat turun versi penuh menggunakan cara normal.

Google berkata tidak semua aplikasi menyokong fungsi ini lagi dan pihak mereka sedang giat untuk menambah lebih banyak aplikasi ke dalam Instant Apps.